Salah satu kisah Al-Quran yang
sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah seseorang hamba
yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah
tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan
cerita Nabi Musa, yaitu:
“Dan (ingatlah) ketika Musa berkata
kepada muridnya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke
pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun.”
(QS. al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar menunjukkan
bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang cukup
lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma’ al-Bahrain (pertemuan dua buah
lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti oleh Musa
ketika beliau sampai di majma’ al-Bahrain. Anda dapat merenungkan betapa tempat
itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan keletihan dalam
waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa
tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu
adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di
Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang mengatakan
bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bukti
yang kuat dari tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu harus
disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran al-Karim
sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak menyebutkan kapan
itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang
terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak
mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita
miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab
tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya
ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu
dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang sangat
tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.
Di samping itu, tempat pertemuan dan
waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita ketahui.
Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di tempat
mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan
pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam
firman-Nya:
“Seorang hamba di antara hamba-hamba
Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah
Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.” (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan
siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang dicari oleh Musa agar
ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang diajak berbicara
langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul.
Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang
Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam
kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar
kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu. Lalu,
siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang tidak
disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci disebutkan
bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama hamba yang
menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa
kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu
Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu
ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa
yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir merupakan
simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak- gerinya menimbulkan kegelisahan
dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir
jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir
yang lain dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan
tindakan yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang.
Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun
beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku hamba yang
mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang berlandaskan syariat
menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat.
Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang
sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang
menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya
mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat
keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang bukan termasuk
nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada “cemburu” dengan ilmu mereka.
Keyakinan demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza pendapat
berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia seorang wali
dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi.
Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan bagaimana
keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan hidup sampai hari kiamat. Yang
jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis
yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau
meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain. Sekarang,
kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk masalah yang
sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya dari awal
sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara di
tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah s.w.t dan
menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat
komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah
seorang Bani Israil bertanya: “Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih
alim darimu wahai Nabi Allah?” Dengan nada emosi, Musa menjawab: “Tidak ada.”
Allah s.w.t tidak setuju dengan
jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus Jibril untuk bertanya kepadanya: “Wahai
Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?” Musa
mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali
berkata kepadanya: “Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang
berada di majma’ al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu.” Jiwa Nabi Musa
yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah keinginan dalam dirinya
untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini. Musa bertanya bagaimana ia dapat
menemui orang alim itu. Kemudian ia mendapatkan perintah untuk pergi dan
membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di
tempat itulah Musa akan menemui hamba yang alim.
Akhirnya, Musa pergi guna mencari
ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda. Pemuda itu
membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba
yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar
dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan
itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba
yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan menempuh waktu
yang lama.
Musa berkata kepada pembantunya:
“Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan
itu akan berpisah denganmu.” Pemuda atau pembantunya berkata: “Sungguh engkau
hanya memberi aku tugas yang tidak terlalu berat.” Kedua orang itu sampai di
suatu batu di sisi laut. Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan
pembantunya masih bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu
bergerak dan hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai
tanda yang diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya
dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya.
Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya
telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa
yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka
lupa terhadap ikan yang dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia
telah merasakan keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: “Cuba bawalah kepada
kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari
perjalanan ini.”
Pembantunya mulai ingat tentang apa
yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke lautan. Ia segera
menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana
lupa menceritakan hal itu. Setan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang
menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan
bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira
melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata: “Demikianlah yang kita
inginkan.” Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di tempat
itulah mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan
pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya sampai ke tempat
yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju ke lautan.
Perhatikanlah permulaan kisah:
bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir yang tebal di mana
ketika Anda menjumpai suatu tabir di depan Anda terpampang maka sebelum tabir
itu tersingkap Anda harus berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya,
Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di
mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju
laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak mengetahui
namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun tidak
mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang dijelaskan
oleh Al-Quran: “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba
Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah
Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. “
Inilah aspek yang penting dalam
kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan
tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:
“Maka tatkala mereka berjalan sampai
ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu
melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh,
berkatalah Musa kepada muridnya: ‘Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya
kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.’ Muridnya menjawab: ‘Tahukah kamu
tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa
(menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk
menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan
cara yang aneh sekali.’ Musa berkata: ‘Itulah (tempat) yang kita cari; lalu
keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi
Kami. ” (QS. al-Kahfi: 61-65)
Bukhari mengatakan bahawa Musa dan
pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di tengah-tengah lautan.
Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya. Khidir berkata: “Apakah
di bumimu ada salam? Siapa kamu?” Musa menjawab: “Aku adalah Musa.” Khidir
berkata: “Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari
Bani Israil.” Musa berkata: “Dari mana kamu mengenal saya?” Khidir menjawab:
“Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku
siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?” Musa berkata dengan
penuh kelembutan dan kesopanan: “Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat
mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya.” Khidir
berkata: “Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah
mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau
tidak akan mampu bersabar bersamaku.”
Kita ingin memperhatikan sejenak
perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan kelembutan dan
jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa bahawa ilmunya tidak
harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa tidak diketahui oleh Khidir.
Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir berkata kepada Musa: “Ilmuku tidak
akan engkau ketahui dan engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita
dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat
menjadi landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan
melihat dalam tindakan- tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya.
Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika ingin
mendapatkan ilmuku.” Musa mendapatkan suatu pernyataan yang tegas dari Khidir
namun beliau kembali mengharapnya untuk mengizinkannya menyertainya untuk
belajar darinya. Musa berkata kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya
sebagai orang yang sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.
Perhatikanlah bagaimana Musa,
seorang Nabi yang berdialog dengan Allah s.w.t, merendah di hadapan hamba ini
dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t
yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat
syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya dan
belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini
menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya nanti ia
akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan memberitahunya. Musa sepakat
atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun pergi. Perhatikanlah firman Allah
s.w.t dalam surah al-Kahfi:
“Musa berkata kepadanya: ‘Bolehkah
aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara
ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?’ Dia menjawab: ‘Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar
atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal
itu?’ Musa berkata: ‘Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang
sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.’ Dia berkata:
‘Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu
pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.’” (QS. al-Kahfi: 66-70)
Musa pergi bersama Khidir. Mereka
berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu mereka
berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut mereka. Para
pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya berserta Musa, tanpa
meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk penghormatan kepada
Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan
oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan
dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa
ombak ke tempat yang jauh.
Musa menyertai Khidir dan melihat
tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: “Apa
yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani
laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan
Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu
ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami tetapi
guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya.” Tindakan Khidir di mata
Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah emosi Musa sebagai
bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk bertanya kepada
gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar ia tidak
bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: “Apakah engkau melubanginya agar
para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang
tercela.” Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh
kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya menjadi
sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada Khidir
kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua berjalan
melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika
anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar
di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut
ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan
lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja dilakukannya, yaitu
membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah s.w.t itu kembali
mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Musa meminta
maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya
lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka
pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat
bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan
mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu
mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu
memberi dan tidak mahu menjamu mereka.
Kemudian datanglah waktu petang.
Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir roboh. Musa
dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris
roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan
membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi
Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan
yang gratis ini. Musa berkata: “Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat
upah atas pembangunan tembok itu.” Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah
s.w.t itu berkata kepadanya: “Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan
diriku.” Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya
tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah
akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah s.w.t itu
menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan yang dihadapi
Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah
hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi
jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang
tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang
secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat
dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek
batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki
ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu
Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba
Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air
yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t
berfirman:
“Maka berjalanlah heduanya, hingga
tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata:
‘Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan
penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.’
Dia (Khidir) berkata: ‘Bukankah aku telah berkata: ‘Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.’ Musa berkata: ‘Janganlah kamu
menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu
kesulitan dalam urusanku.’ Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya
berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: ‘Mengapa
kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya
kamu telah melakukan suatu yang mungkar.’ Khidir berkata: ‘Bukankah sudah
kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar bersamaku?’ Musa
berkata: ‘Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka
janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup
memberikan uzur kepadaku.’ Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya
sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri
itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya
mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir
menegakkan dinding itu. Musa berkata: ‘Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil
upah untuk itu.’ Khidir berkata: ‘Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku
akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat
sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang
bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan
mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu
maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia
akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami
menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih
baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada
ibu dan bapaknya). Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota
itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang
ayahnya seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai
kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari
Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian
itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar
terhadapnya.’” (QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba soleh itu menyingkapkan dua
hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu Musa sangat
terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah yang terjadi di
bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan
menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi
mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan
yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja
akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu akan
membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki
keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati
kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap
bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru
membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi
mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan
melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan
menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah
bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana
terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di
balik itu terdapat keburukan.
Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa
menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia
menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud
dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari
peristiwa-peristiwa yang terjadi.
Selanjutnya, Musa kembali menemui
pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa
mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal:
yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana
terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami
oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi
yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang
diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia berhadapan
dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan syariat yang diminum
oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir
yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat kita jangkau dengan akal kita sebagai
manusia biasa atau dapat kita cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu
eksperimental yang kita ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia
pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang membahas ilmu
yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali atau seorang
nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari
wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni
kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba
soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama
tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang
menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
“Lalu mereka bertemu dengan seorang
hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat
dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.”
Kedua, perkataan Musa kepadanya:
“Musa berkata kepadanya: ‘Bolehkah
aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara
ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?’ Dia menjawab: ‘Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar
atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu
?’ Musa berkata: ‘lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar,
dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.’ Dia berkata: ‘Jika
kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun,
sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu,’” (QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia seorang wali dan bukan
seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara dengannya dengan
cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa dengan jawapan yang
demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa
tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak maksum.
Ketiga, Khidir menunjukkan
keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari Allah s.w.t dan
perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan
bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh
membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya
dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum
kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh
anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.
Keempat, perkataan Khidir kepada
Musa:
“Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan
bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. ” (QS. al-Kahfi: 82)
Yakni, apa yang aku lakukan bukan
dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah s.w.t dan wahyu
dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud. Para ulama
berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan
para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali
Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan Khidir yang
sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir
berkata: “Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar
kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya (dunia).” Sedangkan
Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: “Musa berkata kepada Khidir: “Berilah aku
nasihat.” Khidir menjawab: “Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk
taat kepada-Nya.” Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang
Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat
ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai
pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli
hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah
Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana
beliau menerima ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas
dalam konteks Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak
menemukan nas yang gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk
menganggapnya sebagai seorang wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu
laduni.
Barangkali kesamaran seputar
peribadi yang mulia ini memang disengaja agar orang yang mengikuti kisah
tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita. Hendaklah kita berada di
batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan kenabiannya atau
kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam jajaran para nabi
kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk
beberapa waktu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.